7 DAYS, 1 WEEK BLOG CHALLENGE - #6 Random Post

7 DAYS, 1 WEEK BLOG CHALLENGE - #6 Random Post

Assalamualaikum

Day 6 - Random Post

Hari ini punya challenge adalah random. Agak susah bagi aku sebenarnya sebab selalu saja terkena virus writer's block T_T

Kenapa aku  pilih untuk tak bercinta?

Benda ini terlintas masa dalam kelas dengan kawan-kawan tadi. Ramai yang sibuk bersembang pasal boyfriend masing-masing. So, aku saja yang tergolong dalam kalangan mereka yang solo dan forever alone. Jadi, kenapa aku pilih untuk tak bercinta?

1. Aku tak romantik
Aku bukan jenis minah bunga yang romantik kemain.Cakap meleret-leret bagai. Aku simple. Dan hanya orang tertentu saja dapat faham apa yang aku cakap sebab aku cakap jenis bullet train. So, payah nak bercinta dengan aku yang straighforward ini.

2. Takda privasi
Bagi aku, orang yang bercinta tak banyak privasi. Sikit-sikit nak kena update dekat pasangan. Nak pergi toilet pun nak kena bagitau. Takda benda lain nak buat selain chatting dengan pasangan. Takda life -,-

3. Tak boleh enjoy
Kalau bercinta susah nak enjoy. Nak lepak dengan kawan-kawan, nak luang masa dengan family. Kebanyakan masa mesti dihabiskan dengan pasangan. So, adakah kita akan enjoy hidup kita? Tak. Lainlah kalau pasangan kita itu raja lawak ><

4. Buang duit & masa
Bila tengok kawan-kawan yang membelanjakan atau dibelanja oleh pasangan masing-masing, I'll be like "Oh my, bazirnya." Time itu, mood makcik kedekut memang dah on. Aku takkan bazirkan duit untuk orang yang sah-sah belum tentu jadi hak milik aku (kecuali family dengan kawan-kawan). 

5. Dah ada jodoh
Okey, ini kelakar. Sebab paling tak logik aku tak bercinta adalah sebab mama kata dia dah cari calon untuk aku which happen to be jiran selang entah berapa buah rumah  kami. Luls sangat -,-

Apa yang aku kongsi adalah daripada diri aku semata-mata. Takda kena mengena dengan yang hidup atau yang telah meninggal dunia. Sebarang persamaan adalah kebetulan semata-mata. Jangan kecam aku kalau ada yang terasa *cough*

That's it.

Till then. Wallahualam.

Amira

Amira. Reaching seventeen. She loves black, white and grey. A nerd who always dream to be with her oppa(s) eventhough she knew it was a total trash.

4 comments:

  1. yess... Unni pun mcm tu sbb tu x kawin2... btw chayok2 mira shari je lagi nk abiskan... Unni da finish !! hihihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kawin takpa. Slow slow. Haha ><

      Yaa. Last day!

      Delete
  2. Fokus pada pembelajaran. Love will come when you're ready to experience it. Bagus masa study tak payah bercinta okay :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya, saya rasa masa sekarang masih lagi masa main-main dengan kawan. :P

      Delete

Instagram