7 DAYS, 1 WEEK BLOG CHALLENGE - #3 Appreciation Post (Artist)

7 DAYS, 1 WEEK BLOG CHALLENGE - #3 Appreciation Post (Artist)

Assalamualaikum

Day 3 : Appreciation Post

Memandangkan hakak penganjur tak letak syarat mutlak pasal challenge kali ini, so aku sekembang-kembang lubang hidungnya memilih untuk buat appreciation post pasal JB. Ini bukan Justin Bieber ya. Ini JB korean, Im Jaebum of Got7.



Biodata ringkas pasal Jaebum ini ;

  • Dia merupakan leader Got7
  • Seorang yang panas baran dan cepat marah bila benda yang dia nak tak jadi. Tapi sekarang sikap tu dah kurang.
  • Dia suka memasak. Tapi tak tahulah sedap ka dak ><
  • Sebagai leader, dia pantang bila members tak hormat dia.
  • Memainkan peranan sebagai member yang chic dalam group. Tapi sebenarnya dia kelakor
  • Members kadang-kadang panggil dia harabuji (grandpa) sebab dia boleh tiru suara macam orang tua.

Aku tak pasti tahap kepopularan (?) dia ini macam mana. But, most of the time, bila sebut saja Got7, orang takkan fikir yang lain selain daripada Mark, Jackson atau Bambam (pronounce: Bembem tapi aku sebut Bambam. Haha) So, members yang lain memang agak payah nak dengar nama even Jaebum sendiri WALAUPUN dia leader. Jangan kecam aku please. Aku cakap saja.

Masa mula-mula into Got7 pun, Jaebum bukanlah member first yang attract aku. Haha. Tapi, lepas dengar suara dia, tengok perangai dia, baru aku perasan dia sebenarnya special. Benda first yang buat aku suka dia ialah senyuman dia (terasa kaku semasa menulis ayat ini) Bila dia senyum, mata dia jadi sepet sampai jadi bentuk bulan sabit. Comel sangat! Aku rasa members Got7 memang semua ada senyuman yang cantik. Tapi, bagi aku, he's the best.


Jaebum seorang yang sederhana. Dia nampak macam jarang ambil tahu pasal apa yang dia pakai and such. Kadang nampak macam dia asyik ulang pakai baju yang sama saja. Make up dia pun nampak simple berpandukan gambar predebut dia. Sama, cuma bertambah handsome. Hehe.

Jaebum juga banyak memberi sumbangan dalam songwriting dan composing. Macam yang mama Wiki kata ;

JB composed "나쁜 짓 (Bad Behavior)" for the album "GOT ♡" in 2014. In 2015, he wrote the rap to "Mine" in "Just Right". He also composed "매일 (Everyday)" for the album ''MAD Winter Edition'' together with 조울 of 프린세스디지즈 [Cho Wool of Princess Disease] in the same year. In 2016, he wrote the lyrics to "Something Good", "Fish" and "Home Run" in "Flight Log: Departure". He also wrote the lyrics for "Skyway", "Prove It" and ""니꿈꿔" (Dreamin')" for the album "Flight Log: Turbulence".

Jaebum sebenarnya pernah ada masalah tulang belakang yang mana memerlukan dia skip beberapa konsert. Don't sure how he was now. Just hoping he's getting better though. Dia banyak berkorban untuk group. Yang mana buatkan semua members appreciate dia sangat-sangat. Mereka sanggup buat muka hodoh depan kamera semata-mata nak buat Jaebum nampak yang paling handsome. How sweet.

This is what I said
Selain daripada itu, Jaebum juga boleh cakap Japanese. Rasanya dia pernah cakap masa dalam A Song For You. He's really great though. Suara dia sedap bagi aku walaupun ada jugak yang cakap suara dia nyaring dan menyakitkan telinga. Aku tak tahu kat mana yang nyaring sebab suara dia serak-serak, tak tinggi pun. He's a great dancer too. Cuma lepas berita pasal tulang belakang dia itu, dah jarang tengok dia menari macam dulu. Pergerakan dia macam terkawal. Well, we should understand kan? Dan, JB suka makan rasanya sebab banyak sangat video pasal dia makan. Dan dia nampak macam zoned out bila tengah makan. Mark bersembang dengan dia pun diabaikan ><

Jaebum ada berlakon jugak. Actually, sebelum dia bersama Got7 lagi dia dah berlakon. Dream High 2. Tapi aku tak tengok ya. Dia juga join JJ Project dengan fellow member, Jinyoung sebelum dua-dua diserap ke dalam Got7. Sebab itu juga mereka agak rapat. Suka bila tengok JJ dua orang ini. Nampak serasi. 



Walaupun Jaebum nampak serius dan sombong, tapi sebenarnya dia juga suka main-main. Kadang lagi teruk daripada Jackson sendiri. Dia sendiri yang mengaku. ><




Si mangsa keadaan, Bambam

Okey, that's it. Selain daripada appreciation post, apa yang aku nak cakap adalah dalam Got7 bukan ada Mark, Jackson dan Bambam sahaja. Ada empat lagi members yang patut kita curahkan kasih sayang. Lel.

Apapun, Im Jaebum jjang!

Till then. Wallahualam.


Amira

Amira. Reaching seventeen. She loves black, white and grey. A nerd who always dream to be with her oppa(s) eventhough she knew it was a total trash.

6 comments:

  1. ALAHAI :( SEMUA PEMINAT KOREA NI T_T

    ReplyDelete
  2. Suka tengok mata dia hahaha.

    ReplyDelete
  3. Peminat korea nih.. zaman mama dah lepas.. skrg kalo tgk jer korea kat tv.. tv yg tgk mama tido..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang mama. Minat ini pun entah-entah sehari dua lagi dah luput. ><

      Delete

Instagram