7 DAYS, 1 WEEK BLOG CHALLENGE - #2 A Movie Review

7 DAYS, 1 WEEK BLOG CHALLENGE - #2 A Movie Review

Assamualaikum

Berjaya sampai ke hari kedua challenge oleh Sviors ! //clap hands//

Jadi untuk Day 2, kena buat review pasal satu movie yang dah pernah aku tengok. 

And therefore, I choose Pee Mak

7 DAYS, 1 WEEK BLOG CHALLENGE - #2 A Movie Review

Title : Pee Mak
Release date : 28 March 2013
Genre : Comedy horror


Cerita ini memang dah lama. Dah banyak kali tengok pun. Tapi aku tak pernah jemu. Pee Mak memang filem hantu. Tapi bukanlah filem yang boleh buat hampa terkucil kalau tengok. Kecualilah kalau hampa ini penakut macam aku. Aku tutup mata dengan bantal dari start sampai habis weh -,-

Okey, cerita bermula bila Mak (Mario Maurer) pergi berperang untuk mempertahankan negara mereka. Dan disebabkan itu, dia terpaksa tinggalkan isteri dia, Nak (Davika Hoorne) yang sedang mengandung.

7 DAYS, 1 WEEK BLOG CHALLENGE - #2 A Movie Review
Nak
7 DAYS, 1 WEEK BLOG CHALLENGE - #2 A Movie Review
Mak
  
Masa berperang, Mak tercedera dan dihantarkan ke medical camp. Kat medical camp ini la dia jumpa dengan Shin, Puak, Ter dan Aey dan ended up mereka jadi kawan baik. Di Phra Khanong (tempat tinggal Mak & Nak), Nak selamat melahirkan anak mereka. Tapi, orang kampung selalu dengar Nak nyanyi lullabies untuk baby itu. Benda ini menimbulkan ketakutan kepada mereka dan mereka mendakwa yang Nak dah mati semasa melahirkan.

Bila Mak dan kawan-kawan dia balik ke kampung Mak, kawan-kawan dia memang dah tahu yang Nak dah mati. Tapi Mak tetap takmau percaya. Dia tetap kata yang mereka saja nak kacau dia. Apa yang hantu Nak masak, buat, semua dia ikut bulat-bulat. Padahal, apa yang Nak serve dia makan itu daun kering dengan cacing. Euw!

Konflik mula berlaku. Mak, Nak dan kawan-kawan mereka mula keliru siapa hantu sebenarnya. Mulanya, Mak sendiri dituduh sebagai hantu sebab dia cedera teruk masa perang. Kemudian, mereka fikir-fikir balik dan Aey pula dituduh sebagai hantu sebab dia ada cincin Nak (Padahal Aey ambil sebab nak jual ><) Jadi, mereka tolak dia jatuh ke dalam sungai dan mereka fikir mereka dah selamat. Tapi, salah seorang daripada mereka (tak ingat siapa) check balik (tengok melalui celah kaki dia) dan dapat tahu memang Nak itu hantu. Panik sangat, semua pakat terjun dalam sungai. Berenang ke tepi. Ada seorang yang gemuk itu, memang dia mula itu takmau terjun sebab dia tak pandai berenang. Tapi dia terjun juga bila Nak pegang kepala dia dari belakang. Bukan main laju lagi dia berenang, takut punya pasal. Pergh, time ini memang seram.

Then, mereka semua pergi ke kuil. Jumpa sami, untuk dapatkan perlindungan. Bila Nak datang, mereka jadi berani sikit. Tapi last last, tok sami tu yang lari dulu. Lawak betul. Masa ini Mak confronted dengan Nak, cakap dari hati ke hati. Nak bergayut terbalik kot masa itu. Seram sejuk aku dibuatnya.

Masa ini la, Mak mengaku yang sebenarnya dia dah tahu Nak itu hantu. Okey, ini part sedih dan touching touching gitu. Kawan-kawan Mak semua dah menangis masa ini. Siap berpeluk-peluk. Nak pun menangis sebab dia tak mahu tinggalkan Mak. Mak cakap dia nak juga hidup dengan Nak walaupun Nak hantu. Tapi kawan-kawan dia bangkang. Tapi Mak tak kisah. Dia sanggup tahan saja semua rasa takut sebab dia lagi takut nak kehilangan Nak. 

Part bonus, Mak dan Nak memang hidup bahagia walaupun Nak itu hantu. Nak gunakan kelebihan dia sebagai hantu untuk buat kerja rumah, bantu untuk baiki kuil, dan takutkan orang kampung yang nak halau dia dari situ. End up, Mak dan Nak dapat tahu yang sebenarnya anak mereka juga mewarisi bakat hantu Nak itu.

Bagi aku, Pee Mak memang cerita yang menyentuh perasaan. Filem ini cuba beritahu yang cinta itu mengatasi segala-galanya. Tapi dalam Islam, cinta dua alam ini salah. Kan? Apapun, aku memang syorkan Pee Mak bagi mereka yang belum lagi tengok. 

Rating aku, 9.5 / 10

That's it. 

Till then. Wallahualam.

Amira

Amira. Reaching seventeen. She loves black, white and grey. A nerd who always dream to be with her oppa(s) eventhough she knew it was a total trash.

8 comments:

  1. hensem nya mak tu!!!hahahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan kan. Masa mula-mula search gambar dia dulu pun terkejut. Dalam Pee Mak comot sangat. Gigi buruk lagi ><

      Delete
  2. Amboi.. nie boleh tengok sebab handsome orangnya. Hehe. Pernah dengar movie ni tapi tak tengok lagi..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Eh eh. Haha. Tengok sebab actor handsome tu memang dah wajib ke bagi kita ? ><

      Delete
  3. Hahaha, movie ni memang best sangat and lawak hahaha.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yeay. Dah ada yang tengok //wink wink//

      Delete
  4. Ni parody nang nak kan? Mai tengok movie ni sambil berkelah kat tepi air terjun , hahaha, mmg kelakar, tpi ada part seram and sedih... suka sangat! Tapi nang nak versi seram tu tak kelakar, hhaha.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haa ya. Nang Nak memang seram. Tutup muka sentiasa masa tengok ><

      Delete

Instagram