Reading Habits Book Tag



Assalamualaikum.

Reading Habits Book Tag

Tadi blogwalk ke blog sis Siqah. Dan terjadi mangsa tagnya. Huhu. Tapi sebenarnya untung juga, Alang-alang dah takda benda nak post kan. Lagipun, membaca dah jadi salah satu hobi aku dari kecik-kecik lagi. Jadi, nak jugak berkongsi habits aku masa membaca, Ya dak?

1. Do you have certain place at home for reading?

Nope. Biasanya aku membaca kat mana-mana yang aku rasa selesa. Kecuali atas katil sambil baring-baring. Mama kata boleh merosakkan mata. Kalau nak cakap secara detail, aku suka tempat yang tenang dan romantik dan sunyi. Senang nak membaca dan lebih feel. Haha. Tapi sebenarnya susah nak cari tempat yang sunyi dalam rumah sebab adik-adik bising.

2. Bookmark or random piece of paper?

Bookmark surely. Aku ada banyak bookmarks since setiap novel yang aku beli mesti ada bookmark masing-masing. So, kebarangkalian nak guna penanda sembarangan itu adalah sangat-sangat kurang. Kadang-kadang saja buat terutamanya kalau terdesak like cari bookmark tak jumpa or such. Aku tak suka lipat sudut page yang aku baca. Buku akan nampak sangat hodoh kalau buat begini. Disebabkan itu juga, aku jarang bagi kawan-kawan aku yang tak pandai jaga buku pinjam collection buku aku.

3. Can you just stop reading or do you have to stop after a chapter / a certain amount of pages?

I can just stop. Dah terbiasa berhenti tiba-tiba. Biasanya time nak membaca tulah khidmat diperlukan. Mahu atau tak, terpaksalah berhenti. Takkan nak terus baca walaupun orang tengah menyeru-nyeru nama. Ya dak? Lagipun, apa gunanya bookmark kan? :)

4. Do you eat or drink while reading?

I did drink but not eat. Walaupun multi-tasker, tapi tetap tak boleh makan sambil membaca. Satu, sebab takut buku kotor. Dua, sebab makan itu antara hobi lain yang perlukan kenikmatan masa membuatnya :P

5. Multitasking: Music or TV while reading?

Kadang-kadang. Tapi jarang sangat sebab mengganggu fokus membaca sebenarnya. Biasanya lebih suka tempat yang sunyi. Tanpa apa-apa bunyi atau suara.

6. One book at a time or several at once?

Satu. Kalau banyak-banyak, nanti aku tercampur jalan cerita. Tak ke pelik kalau Harry Potter tiba-tiba termasuk dalam cerita Love You Mr. Arrogant? Okey, karut.

7. Reading at home or everywhere?

Kat mana-mana pun boleh sebenarnya. Kalau tak bawa buku, biasanya baca secara online. Tapi selain di rumah, memang kurang fokus sebab gangguan anasir-anasir tak guna. Terutamanya kawan-kawan yang asyik ajak berjimba saja T_T

8. Reading out loud or silently in your head?

Silently. Aku baca kuat kalau benda itu kena hafal saja. Tu pun belum tentu ingat.

9. Do you read ahead or even skip pages?

Aku baca setiap ayat, perenggan dan tanda baca yang ada. Semata-mata nak tambah ilmu dalam bidang penulisan. Kadang-kadang benda yang simple pun boleh silap kalau tak teliti. So, takda skip-skip.

10. Breaking the spine or keeping it like new?

Mestilah jaga elok-elok. Buku teks sekolah pun tak pernah aku bukak sampai terkangkang(?). Apatah lagi buku yang dibeli dengan titik peluh sendiri. Lagipun, bukan ke kalau breaking the spine tu akan buatkan buku cepat lekang ke?

11. Do you write in your books?

Selain daripada nama, tak pernah aku conteng. Kalau terconteng tu lain cerita. Apa-apa benda menarik, memang aku catat dalam satu buku asing. Siap dengan muka surat. Nanti senang nak rujuk. Siapa tak sayang buku weh!

So, that's it.

Memandangkan korang dah baca, apa kata korang pula yang buat? Dalam erti kata lain, aku tag semua yang dah baca. Ahaa, roll your eyes xD

Dah buat, jangan lupa tinggalkan link. Boleh aku skodeng sama, kan?

Till then. Wallahualam.


Amira

Amira. Reaching seventeen. She loves black, white and grey. A nerd who always dream to be with her oppa(s) eventhough she knew it was a total trash.

5 comments:

  1. Hehe.. bagusnya dia tak skip langsung haa. Hee. Bab baca buku jangan baring tu betul. Memang rosak mata. Tu yang akak dah pakai spec mata masa usia 10 tahun. Suka sangat baca buku masa baring dulu. Huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ahaa. Teliti demi kebaikan. Haa. Sebab yang sama jugaklah pakai spec sekarang :'(

      Delete
  2. Unni dulu tak suka sgt baca buku.. lebih2 time pebacaan nilam kat sklh memang tiru org punya jak la.. Tp alhdulilah da besar2 ni jdi hobi pulak..lgi sejak jdi blogger ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nilam, haha. Tulis tajuk buku ja. Tak baca pun.

      Delete
  3. Nana baca kuat2 pastu x paham apa yang dibaca and akhir sekali terus terlelap..hanya baca untuk NILAM sahaja.. itu je yang mampu menyumbang untuk markah kat sekolah nanti..

    ReplyDelete

Instagram