My Top 5 Kpop Songs Recommendation | October






My Top 5 Kpop Songs Recommendation | October


Assalamualaikum

So, bulan Oktober dah nak habis. Aku nak share sikit pasal lagu-lagu Kpop yang sempat jadi obsession aku bulan ini. Maaf anti kpop. Post ini bukan untuk anda. Ngeee!


Got7 - Hard Carry


My Top 5 Kpop Songs Recommendation | October


Lagu ini tak sesuai untuk mereka yang berjiwa lembut. Sebab dia loud dan memekakkan telinga kalau pakai headphone highest volume. Aku recommend lagu ini sangat-sangat buat sapa-sapa yang rasa macam stres dan nak hilangkan stres dengan lagu kuat macam ini. Choreography Got7 dalam lagu ini pun mantap bhaii + Jinyoung dalam air teramatlah seksi. Kuatkan iman anda ><

My rating : 9 / 10


BTS  - Blood, Sweat & Tears


My Top 5 Kpop Songs Recommendation | October


Lagu ini seratus peratus berbeza dengan Hard Carry. Lembut dan seksi //eh?// Aku suka music lagu ini. Unik bagi aku. Choreography shekshi yang amat. Mampu berdarah hidung dibuatnya. Dan Jimin sangat handsome, tak mampu nak tipu. Go and tambah views MV ini yo!

My rating : 9 / 10


U-kiss - Stalker


My Top 5 Kpop Songs Recommendation | October


Sebenarnya, aku bukannya peminat U-kiss pun sebelum ini. But thanks to Lee Kiseop, sebab hidung dia, aku terstalk MV diaorang. Vokal yang kuat. Aku suka part chorus the most. Dan, muzik dia yang masih mengekalkan jenis lama //ya know, era SuJu and etc// Try to have a look on Stalker.

My rating : 8.5 / 10


Infinite - The Eye



My Top 5 Kpop Songs Recommendation | October


Lepas terbaca kat sini, terus aku cari dan download MV ini. Tak menyesal okey. Jalan cerita dia memang terbaik. Infinite sentiasa yang terbaik untuk jalan cerita. Senang nak faham. Lagu pun catchy dan senang nak ingat. Terngiang-ngiang lagu ini masa jawab exams lagi.

My rating : 8 / 10


Boys24 - 24



My Top 5 Kpop Songs Recommendation | October


Lagu ini takda official MV actually. Cuma stage performance dengan behind stage. Aku suka bila members Boys24 tunjukkan sisi comel diaorang especially yellow unit. //ya, saya stan yellow unit// Lagu ini cute-cute gitu. Tarian pun biasa-biasa tapi memang cute, Tak mampu nak tahan. Sapa yang obses dengan kecomelan boleh la cari abang-abang/adik-adik boy24 ini ya?

My rating : 7.5 /10

So, what's else ? Cepat pi tengok !

Wallahualam.



Amira

Amira. Reaching seventeen. She loves black, white and grey. A nerd who always dream to be with her oppa(s) eventhough she knew it was a total trash.

2 comments:

  1. Satu pun tak tahu. Haha. Siqah biasa dengar lagu Korea yang lagu tema drama je. Lagu lain tak pernah nak tahu. Banyak sangat. Tak terkejar. Hee

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kita terbalik. Saya pulak jarang benar nak tengok drama ini sebab selalu busy. Nak berebut tv dengan adik-adik lagi xD

      Delete

Instagram