31 Oct 2016

Reading Habits Book Tag



Assalamualaikum.

Reading Habits Book Tag

Tadi blogwalk ke blog sis Siqah. Dan terjadi mangsa tagnya. Huhu. Tapi sebenarnya untung juga, Alang-alang dah takda benda nak post kan. Lagipun, membaca dah jadi salah satu hobi aku dari kecik-kecik lagi. Jadi, nak jugak berkongsi habits aku masa membaca, Ya dak?

1. Do you have certain place at home for reading?

Nope. Biasanya aku membaca kat mana-mana yang aku rasa selesa. Kecuali atas katil sambil baring-baring. Mama kata boleh merosakkan mata. Kalau nak cakap secara detail, aku suka tempat yang tenang dan romantik dan sunyi. Senang nak membaca dan lebih feel. Haha. Tapi sebenarnya susah nak cari tempat yang sunyi dalam rumah sebab adik-adik bising.

2. Bookmark or random piece of paper?

Bookmark surely. Aku ada banyak bookmarks since setiap novel yang aku beli mesti ada bookmark masing-masing. So, kebarangkalian nak guna penanda sembarangan itu adalah sangat-sangat kurang. Kadang-kadang saja buat terutamanya kalau terdesak like cari bookmark tak jumpa or such. Aku tak suka lipat sudut page yang aku baca. Buku akan nampak sangat hodoh kalau buat begini. Disebabkan itu juga, aku jarang bagi kawan-kawan aku yang tak pandai jaga buku pinjam collection buku aku.

3. Can you just stop reading or do you have to stop after a chapter / a certain amount of pages?

I can just stop. Dah terbiasa berhenti tiba-tiba. Biasanya time nak membaca tulah khidmat diperlukan. Mahu atau tak, terpaksalah berhenti. Takkan nak terus baca walaupun orang tengah menyeru-nyeru nama. Ya dak? Lagipun, apa gunanya bookmark kan? :)

4. Do you eat or drink while reading?

I did drink but not eat. Walaupun multi-tasker, tapi tetap tak boleh makan sambil membaca. Satu, sebab takut buku kotor. Dua, sebab makan itu antara hobi lain yang perlukan kenikmatan masa membuatnya :P

5. Multitasking: Music or TV while reading?

Kadang-kadang. Tapi jarang sangat sebab mengganggu fokus membaca sebenarnya. Biasanya lebih suka tempat yang sunyi. Tanpa apa-apa bunyi atau suara.

6. One book at a time or several at once?

Satu. Kalau banyak-banyak, nanti aku tercampur jalan cerita. Tak ke pelik kalau Harry Potter tiba-tiba termasuk dalam cerita Love You Mr. Arrogant? Okey, karut.

7. Reading at home or everywhere?

Kat mana-mana pun boleh sebenarnya. Kalau tak bawa buku, biasanya baca secara online. Tapi selain di rumah, memang kurang fokus sebab gangguan anasir-anasir tak guna. Terutamanya kawan-kawan yang asyik ajak berjimba saja T_T

8. Reading out loud or silently in your head?

Silently. Aku baca kuat kalau benda itu kena hafal saja. Tu pun belum tentu ingat.

9. Do you read ahead or even skip pages?

Aku baca setiap ayat, perenggan dan tanda baca yang ada. Semata-mata nak tambah ilmu dalam bidang penulisan. Kadang-kadang benda yang simple pun boleh silap kalau tak teliti. So, takda skip-skip.

10. Breaking the spine or keeping it like new?

Mestilah jaga elok-elok. Buku teks sekolah pun tak pernah aku bukak sampai terkangkang(?). Apatah lagi buku yang dibeli dengan titik peluh sendiri. Lagipun, bukan ke kalau breaking the spine tu akan buatkan buku cepat lekang ke?

11. Do you write in your books?

Selain daripada nama, tak pernah aku conteng. Kalau terconteng tu lain cerita. Apa-apa benda menarik, memang aku catat dalam satu buku asing. Siap dengan muka surat. Nanti senang nak rujuk. Siapa tak sayang buku weh!

So, that's it.

Memandangkan korang dah baca, apa kata korang pula yang buat? Dalam erti kata lain, aku tag semua yang dah baca. Ahaa, roll your eyes xD

Dah buat, jangan lupa tinggalkan link. Boleh aku skodeng sama, kan?

Till then. Wallahualam.


Read more

30 Oct 2016

Gong Yoo | A Hero to Remember

Assalamualaikum

Gong Yoo | A Hero to Remember


Tajuk haprak. Nampak gayanya lama-lama hampa boleh juling dengan perangai aku. Asyik roll eyes saja. Ya dak?

Memandangkan aku jenis tak up-to-date, so aku taktau perkembangan semasa. Disebabkan itu jugak, aku taktau yang sebenarnya Gong Yoo berlakon dalam filem Train to Busan T_T Sadis sangat. Terima kasih kepada Astro sebab keluarkan iklan promotion filem itu untuk Astro First. Kalau tak, sampai sudah aku taktau. Tolong gelak.

Gong Yoo | A Hero to Remember
Nah, tak boleh tengok filem, tengok saja cover :P

First time aku tengok Gong Yoo masa drama Big. Dia berlakon dengan Lee Minjung dalam drama itu. Cute sangat tak boleh tahan. Lepas itu, tengok pula dia dalam Running Man. Masa itu rambut dia panjang. Tapi tetap cute bagi aku.

Okey la, sebenarnya kalau nak dibandingkan dengan actors yang ada sekarang, memanglah Gong Yoo kalah. Dia takdalah handsome mana. Tapi bak kata orang, cinta itu buta (sila muntah). Aku memang dah tangkap leleh dengan Gong Yoo ini. Setiap orang ada karisma tersendiri kan. Dan karisma dia terbaik bagi aku (sama macam Woo Bin). 

Kalau tengok Running Man, memang takkan expect yang dia sebenarnya aktif juga. Sebab muka dia macam 'mandom' sikit. Maaf Gong Yoo oppa >< So, bila tengok dia cergas sangat dalam Running Man, memang teruja. Macam gila kan? Aku memang gila pun. Mama pun pelik bila aku kata aku minat dia. Katanya, bertentangan dengan minat aku yang sebelum-sebelum ini. 

Anyway, Gong Yoo sememangnya a hero to remember. Bukan untuk dilupakan. Try to watch his dramas and tell me whether you feel the same :)

Akhir kata, nah aku belanja gambar Gong Yoo. Aku letak yang comel-comel saja ya. Kalau search, memang ada juga yang hodoh. Mohon jangan terkejut.


Gong Yoo | A Hero to Remember

Gong Yoo | A Hero to Remember

Gong Yoo | A Hero to Remember

Gong Yoo | A Hero to Remember

Gong Yoo | A Hero to Remember

Gong Yoo | A Hero to Remember

Gong Yoo sebaya mama. Aigoo ~

Wallahualam.









Read more

20 Oct 2016

My Top 5 Kpop Songs Recommendation | October






My Top 5 Kpop Songs Recommendation | October


Assalamualaikum

So, bulan Oktober dah nak habis. Aku nak share sikit pasal lagu-lagu Kpop yang sempat jadi obsession aku bulan ini. Maaf anti kpop. Post ini bukan untuk anda. Ngeee!


Got7 - Hard Carry


My Top 5 Kpop Songs Recommendation | October


Lagu ini tak sesuai untuk mereka yang berjiwa lembut. Sebab dia loud dan memekakkan telinga kalau pakai headphone highest volume. Aku recommend lagu ini sangat-sangat buat sapa-sapa yang rasa macam stres dan nak hilangkan stres dengan lagu kuat macam ini. Choreography Got7 dalam lagu ini pun mantap bhaii + Jinyoung dalam air teramatlah seksi. Kuatkan iman anda ><

My rating : 9 / 10


BTS  - Blood, Sweat & Tears


My Top 5 Kpop Songs Recommendation | October


Lagu ini seratus peratus berbeza dengan Hard Carry. Lembut dan seksi //eh?// Aku suka music lagu ini. Unik bagi aku. Choreography shekshi yang amat. Mampu berdarah hidung dibuatnya. Dan Jimin sangat handsome, tak mampu nak tipu. Go and tambah views MV ini yo!

My rating : 9 / 10


U-kiss - Stalker


My Top 5 Kpop Songs Recommendation | October


Sebenarnya, aku bukannya peminat U-kiss pun sebelum ini. But thanks to Lee Kiseop, sebab hidung dia, aku terstalk MV diaorang. Vokal yang kuat. Aku suka part chorus the most. Dan, muzik dia yang masih mengekalkan jenis lama //ya know, era SuJu and etc// Try to have a look on Stalker.

My rating : 8.5 / 10


Infinite - The Eye



My Top 5 Kpop Songs Recommendation | October


Lepas terbaca kat sini, terus aku cari dan download MV ini. Tak menyesal okey. Jalan cerita dia memang terbaik. Infinite sentiasa yang terbaik untuk jalan cerita. Senang nak faham. Lagu pun catchy dan senang nak ingat. Terngiang-ngiang lagu ini masa jawab exams lagi.

My rating : 8 / 10


Boys24 - 24



My Top 5 Kpop Songs Recommendation | October


Lagu ini takda official MV actually. Cuma stage performance dengan behind stage. Aku suka bila members Boys24 tunjukkan sisi comel diaorang especially yellow unit. //ya, saya stan yellow unit// Lagu ini cute-cute gitu. Tarian pun biasa-biasa tapi memang cute, Tak mampu nak tahan. Sapa yang obses dengan kecomelan boleh la cari abang-abang/adik-adik boy24 ini ya?

My rating : 7.5 /10

So, what's else ? Cepat pi tengok !

Wallahualam.



Read more
Theme by Wanaseoby